Followers

Tuesday, April 12, 2011

~ golongan CINTA manakah anda?? ~

Assalamualaikum...
malam tadi aku jumpa classmate...bincang hal assignment yang perlu disubmit..ermmm....
macam mana nak mula kan ek...iyer...classmate aku ni lelaki....tapi kita orang tak lah duduk ditempat yang mencurigakan.....kami berdiri jer..maklumlah nak cepat....

sedang kami berdikusi...datang lah dua orang gadis bertudung labuh..memberi salam dan kami menyambut salam mereka.....dan mereka pon bagi risalah kat kami...aku tertarik dengan kandungan risalah tersebut....

apa isi nyer?? ni yang nak kongsi dengan anda semua nie...BACA yer..:))

KENALI CINTA BERDASARKAN AL-QURAN

  • CINTA MAWADDAH - cinta mengebu- gebu, membara dan orang yang memiliki cinta jenis ini selalunya mahu berdua dan tidak mahu terpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya.
  • CINTA RAHMAH - cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban dan melindungi.  orang yang memiliki cinta ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya daripada diri sendiri.
  • CINTA MAIL - cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal- hal lain cenderung kurang diperhatikan.
  • CINTA SYAGHAF - cinta yang sangat mendalam dan memabukkan. orang yang diserang cinta ini, boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan tidak sedar apa yang dilakukan.
  • CINTA RA'FAH - rasa cinta yang mendalam sehingga mengalahkan norma- norma kebenaran, contahnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, dan membela jika salah.
  • CINTA SHOBWAH - cinta buta, cinta yang emndorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak.
  • CINTA KULFAH - perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal- hal yang positif meskipun sulit.
  • CINTA SYAUQ (rindu) - cinta jenis ini dari hadis yang menafsirkan Al-Quran, dalam surah al'Ankabut ayat 5 telah dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa ALLAH pasti tiba akan waktunya.
jadi, anda digolongan yang mana??

*RENUNG RENUNGKAN...peringatan tuk diri sendiri juga....:))

TQ sudi BACA
LURVE, IERA :))

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.