Followers

Sunday, May 12, 2013

Terima Kasih Ya Allah..Kerana Kurniakan IBU Sehebat Dia...


hari ni aku sangat lah 'rajin' nak update blog...hahaha...terimalah hakikat yang aku memang seorang yang pemalas nak hup-date blog...bukan sebab tak de masa..tapi ntah lah...kalau nak di ikot kan masa, semua orang kate tak cukup masa...tapi biasalah..kalau dah malas tu...mula lah jadikan alasan'tak cukup' masa...kan???

so di pagi yang hening ni...aku masih di opis..da setel wat keje...maka aku nak hup-date entri pasal IBU...



SELAMAT HARI IBU buat ibu ku yang TERSAYANG...NORRIZAN TAMRIN...

TERIMA KASIH...kerana menjadi seorang IBU yang baik untuk kak ngah dan adek beradek lain...

TERIMA KASIH...untuk segala kasih sayang, pengorbanan dan perhatian yang telah ibu berikan kepada kami sekeluarga...

TERIMA KASIH...kerana menjadi TEMAN yang baik untuk kak ngah...

TERIMA KASIH...kerana menjadi PENDENGAR yang setia dikala kak ngah memerlukan...

TERIMA KASIH...kerana tidak pernah jemu MELAYAN karenah anak-anakmu ini...

TERIMA KASIH...TERIMA KASIH...TERIMA KASIH untuk segala-galanya...

TERIMA KASIH YA ALLAH...kerana kurniakan aku dan keluarga IBU SEHEBAT BELIAU...




IBU, AYAH....emok mtk maaf...emok degil...emok tak dgr ckp ibu..lau emok ikot kata ibu suh tukar tmp praktikal mesti emok tak kene "buatan" tu...emok mtk maaf...
emok dah nyusahkan ibu n ayah...ibu ayah brulang alik ke selangor, perak n tmp pratikal tuk ubat kan emok...emok salah...emok bukan anak yang baik kan??
emok janji akan keje bagus2 tuk balas jasa ibu n ayah..ibu n ayah tak penah marah emok atas kisah nie..mereka terima dengan pasrah..tak henti2 berubat kan emok... 
tyme aku nk konvo diploma...aku lihat kegembiraan terpancar di wajah ibu n ayah....ibu ayah memeluk aku..belikan aku bunga n bear...mereka tau aku suke bear...dari riak wajah mereka spt tiada ape yg pernah berlaku...aku bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa seperti mereka....tiada apa lagi yg aku sesali kerana aku ada ibu bapa seperti mereka.  
sekarang ni, setiap ape yg aku wat..aku akan fikir kan ibu n ayah..mereka adalah keutamaan aku...aku SAYANG kan mereka...dan aku tak mau kisah ni terjadi ag dalam hidup aku...begitu menyiksaka...2tahun aku hny leh mkn sayur..dan bile maghrib badan aku akan mula gatal2... 
cukup lah semua dugaan tu...aku tak mau nyusah kan ibu n ayah ag...AKU SAYANG MEREKA...selanjutnya DI SINI

Wednesday, May 8, 2013

Sambutan HARI IBU Menurut Perspektif Islam

iyer...hari Ibu bulan ni kan?? aku tak tau kenapa aku excited...mungkin sebab aku dah keje kot...so boleh la beli hadiah untuk ibu tersayang...tapi hari ni aku bukan nak buat entri pasal insan yang amat bermakna dalam hidup aku tu,tapi aku search kat tenet pasal sambutan hari Ibu ni...so aku nak kongsi la dengan korang semua... :))



Tarikh Sambutan Hari Ibu 2013 di Malaysia. Happy Mother’s Day 2013 diucapkan kepada semua individu yang bergelar seorang ibu di negara ini. Seperti sedia maklum, tarikh hari ibu pada tahun ini adalah jatuh pada 12 Mei 2013. Tarikh perayaan hari ibu adalah berbeza disetiap negara dan negara kita akan meraikan hari ibu pada minggu kedua bulan mei 2013.

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir. 

2. Sambutan yang baik  adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

-Jabatan Mufti Selangor

ps: entri pasal Ibu akan menyusul :)

Wednesday, May 1, 2013

TAHNIAH...MZ Da Setahun Bekerja...

12AM, 1 May 2013...SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua pekerja di Malaysia...hikhik...
selamat hari pekerja untuk aku gak...tapi aku tetap kerja..tak de cuti pon..sebab nak dekat ngan pilihan raya ni, cuti untuk media di bekukan...tak pe la...bukan selalu pon PRU...kan??

cuma selain dari hari pekerja, tarikh ni jugak genap SETAHUN aku kat KLPOS MEDIA & PRODUCTION SDN BHD...Alhamdulillah..setahun dah aku bekerja dan berjaya bayar duit Incik Ensem tiap-tiap bulan, dan berjaya bagi duit kat ibu ayah dan adek beradek lain...walaupun aku bagi tak mewah mana, tapi doa mereka yang aku perlukan...sebab doa merekalah, rezeki aku semakin murah....TQ semua...i lurve u...

teringat masa mula-mula aku kerja kat sini...sebulan aku tak jejak opis..aku buat keja dari rumah jer...1 Jun baru aku jejak opis..hikhik...tu entri lain plak ek...:))

walaupun aku keja dari rumah,tapi situasi aku sama je macam keja pergi opis...bangun pagi-pagi...bawak lappy duk depan tv..tengok berita dan buat artikel...cuma yang bezanya buat keja dari rumah ni best sebab....sebab aku tak mandi pon tak de orang tau..boss pon tak nampak lau aku tak mandi..yang penting aku hantar artikel...lalalalalalalala....

duduk depan tv, dengar apa yang keluar, aku catat...ermmm...sama macam aku keluar asaimen...lepas tu duk depan lappy, taip artikel...artikel pertama aku??? di bawah....




apa yang aku rasa bila artikel aku keluar?? tyme tu aku punya la suka..sampai guling-guling kot..hahaha...dan alhamdulillah...sehingga kini aku masih bertahan di sini...setahun sudah... :)

macam-macam pengalaman yang aku lalui...terima kasih kepada semua yang banyak bantu aku kat opis ni...daripada aku sorang jer pompuan kat opis ni..sampai lah sekarang ade tiga orang pompuan yang kerja kat sini..kalau tak dulu, asek aku je kene buli...hahaha.....

so, di hari yang bersejarah ni..aku nak wat entri panjang skit..sebab nak ucap tq tuk staf KLPOS...

Senarai di bawah bukan mengikut pangkat, tapi mengikut individu yang aku mula kenal dan bercakap....lalalalalal...(tyme ni aku sorang je pompuan)
  1. BOSS 
    TQ boss...sebab terima iera keja kat sini...
    jasa boss, nasihat boss akan iera kenang sampai bila-bila...



  2. ABANG AMAD 
    inilah orangnya yang banyak ajar aku pasal portal klpos ni..
    tq abg amad...abg mmg seorang abg yang baik...


  3. IZ 
    adek, teman & pendengat yang baik..aku mula rapat dengan dia..
    tambah rapat bila selalu cover DS Rosmah Mansor sesama..
    pergi Doha sesama...
    iera rindu saat bersama Iz :(


  4. SAIFUL 
    epul...awak banyak tolong iera..
    tq so much...


  5. ZACK 
    zack...die ni mula2 tak suka aku..sebab dia kate aku gelak tak beragak...hahaha
    tapi aku, iz dan epul la paling rapat..
    sampai boss gelar kan ktorg PERSATUAN BUDAK BARU...
    skg kami da ok..makin rapat...
    aku rindu tyme gaduh ngan ko zack :p

  6. ALEP 
    staff lama yang aku mula-mula rapat...
    mula aku masuk keje, die kerek skit..mungkin die ingat aku nak ngorat die kot..
    hahaha..tolong skit....

  7. ROMY 
    romy...atau romek...
    staff yang da tua tapi perangai macam budak2...
    aku /kami selalu buli die..tapi best sebab die tak amek ati..
    iera mintak maaf yer romy...
    kadang2 gaduh smp 2-3 hari tak bertegur...
    tapi die still macam tu..hahaha...tak matang!!!!

  8. APIS 
    hahaha...aku lau nak tulih caption ngan mamat ni, sampai malam raya tak abih..
    apis..aku mintak maaf...hahaha..sweet kan?? :p

  9. ABANG TUN 
  10. ABANG BIDAMAN  *tiada pix mereka sebab mereka suami orang..aku tak nak amek risiko kene serang lagi...cukup la tyme praktikal dulu :p*
senarai staff selepas di atas...

  1. BARIQ 
    budak kuyu..hahaha..aku kenal tyme aku praktikal kat utusan...
    aku yang rekomen die masuk klpos..so bariq, sila sedar diri..hahaha...

  2. MAI (aku dah ade geng kat opis..lalalala)
    ni lah adek..teman opis..teman sebilik..teman bergaduh..teman  bergosip...teman  ketawa..
    segala-galanya aku kongsi dengan die..
    iera sayang awak, Mai.. :)
    p/s: entri tamat di sini...MZ nak layan perasaan...aku rindu tyme aku mula2 masuk keje...kenangan tak mungkin boleh diulang..ia hanya mampu untuk dikenang... :(