Followers

Sunday, December 30, 2012

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita


Pix takde kene mengena dengan entri..TQ :))


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1. Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.



Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2. Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.



Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima Kita Seadaanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.



Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.



Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.



Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?



Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.



Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6. Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.



Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.



Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.



Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.



Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.



Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.



Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.



Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?



Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.



Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.



Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.



Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

SUMBER : MYNEWSHUB

Tuesday, December 25, 2012

Bila MZ Dapat Pangkat MAKCIK...


Muhammad Daniyal Bin Mohd Shoffee...lahir pada 12.12.2012 pukul 7.45 pagi di Hospital Selayang...
Daniyal....anak buah aku yang sulung...perasaan?? seronok giler...*lompat bintang*....tak sabar nak tunggu dia beso...perhatian?? semua dah tuju kat Daniyal...tiada lagi kemanjaan buat aku dari ibu dan ayah...hikhik...benar lah orang kata, orang tua kalau dah ade cucu, anak dah tak hirau kan anak dah....dan kini, aku dah lalui perasaan tu...semoga kehadiran Daniyal dalam keluarga aku membawa seribu kerahmatan dan kecerian...InsyaAllah....


Tak sabar nak dengar Daniyal panggil aku Emok....emok sayang awak, Daniyal :))

Thursday, December 6, 2012

Entri Penuh Gambar : MZ Di Universal Studio, Singapore

Assalamualaikum....belog yang makin penuh dengan sawang...kalau kat rumah, aku rasa sawang tu dah penuh kat bucu-bucu bilik tu...tapi nak buat macam mana..sebagai wanita yang bekerjaya, belog bersawang bukanlah perkara yang pelik...hahaha....

bulan lepas aku pegi JB...so tak lepaskan peluang pergi lah masuk Singapore...wwwoooo..batak kejap masuk negara orang..hahaha...so entri kali ni banyak pix lah..sebab aku dengan takburnya nak tunjuk kat korang pix aku tyme aku g sana...komfem-komfem aku pergi Universal Studio....best wwwooo....memang berbaloi lah pergi sana.....


hepi giler bila dah sampai sana..yelah..boss bawak jalan-jalan..bila lagi nak pergi kan?? TQ Boss....:))

so aku nak korang layan pix aku kat sana....jangan jeles uuoollssss...:))

Cuba cari mana kaki aku..hahah..
terang lagi bersuluh....
aku tau korang tahu...korang memang bijak..
lalalalala....

edit...over tak??
nak kasik muka putih skit...:p

Persatuan budak baru
aku sayang dorang ni :))

apa ingat laki je boleh memanjat??
huhuhu...

muka penat..tapi syiioookkk  wooooo....

aku bersama photojourmalist..

nampak bende belakang tu??
aku naik weii...seronot gilossss....


kami di white house...
tak payah pegi jauh2 tau...hahaha...

aku sedang sedaya upaya nak bukak pintu tu...
berkunci plak...adeeehhh...

nampak real kan??
siap bau ag wei...malangnya...
dalam pix tak leh kuwa bau...
lau tak, tyme lapo aku tgk je pix ni...
:p

aku lah buruh yang paling cantek di dunia...
ok tipu...bai!!!! :p

piza ni best..tapi ade cheese...aku tak suka!!!!!!
lebih kurang rm200++ duit malaysia..

suka minah ni dapat makan...
hahaha...

best..sgt best...pergi lah ke USS :

aktiviti paling best...
shopping!!!!!!!
 MZ : seronok dapat berjalan ke negara orang...ade peluang nak pergi tempat lain plak..:))