Followers

Saturday, April 9, 2011

~ Ada apa dengan JARI MANIS??? ~

Assalamualaikum......
Rapatkan kesemua jari tangan kiri dan kanan, kemudian bengkokkan jari tengah seperti di dalam gambar.



  1. Ibu jari mewakili ibu dan bapa, cuba renggangkan kedua ibu jari kita. Ianya boleh dibuka kerana semua manusia akan mengalami mati.
  2. Rapatkan ibu jari dan kemudian cuba renggangkan jari telunjuk. Jari ini mewakili adik beradik kita yang satu hari nanti akan mempunyai keluarga sendiri dan meninggalkan kita.
  3. Rapatkan semula jari tersebut dan renggangkan pula jari kelingking. Jari ini mewakili anak-anak kita yang satu hari nanti juga akan mempunyai keluarga sendiri dan meninggalkan kita.
  4. Rapatkan semula jari tersebut dan cuba renggangkan jari manis yang disarungkan cincin pernikahan. Jari itu sedikit pun tidak mahu bergerak seperti jari-jari yang lain.
Ini dikatakan kerana jari manis melambangkan hubungan suami dan isteri dalam sebuah pernikahan. Apabila telah bersatu, ianya harus kekal sehingga akhir hayat. Walaupun ini sekadar permainan tetapi cinta sejati haruslah mempunyai sifat sedemikian, kekal bersama hingga ke akhir hayat.


ni lah contoh nyer...
nmpk manis jer bile cincin di sarungkan kat jari manis kan??
semanis jari nyer...hehehe....
(ni bukan jari iera kay...huhuu...tgh menunggu gak bila nk ade cincin kat jari manis)
hehehe......

nota kaki:- sapa nak sarung cincin kat jari manis aku nie??? lalalalala......:))

TQ....

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.