Followers

Sunday, December 30, 2012

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita


Pix takde kene mengena dengan entri..TQ :))


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1. Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.



Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2. Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.



Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima Kita Seadaanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.



Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.



Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.



Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?



Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.



Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6. Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.



Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.



Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.



Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.



Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.



Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.



Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.



Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?



Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.



Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.



Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.



Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

SUMBER : MYNEWSHUB

Tuesday, December 25, 2012

Bila MZ Dapat Pangkat MAKCIK...


Muhammad Daniyal Bin Mohd Shoffee...lahir pada 12.12.2012 pukul 7.45 pagi di Hospital Selayang...
Daniyal....anak buah aku yang sulung...perasaan?? seronok giler...*lompat bintang*....tak sabar nak tunggu dia beso...perhatian?? semua dah tuju kat Daniyal...tiada lagi kemanjaan buat aku dari ibu dan ayah...hikhik...benar lah orang kata, orang tua kalau dah ade cucu, anak dah tak hirau kan anak dah....dan kini, aku dah lalui perasaan tu...semoga kehadiran Daniyal dalam keluarga aku membawa seribu kerahmatan dan kecerian...InsyaAllah....


Tak sabar nak dengar Daniyal panggil aku Emok....emok sayang awak, Daniyal :))

Thursday, December 6, 2012

Entri Penuh Gambar : MZ Di Universal Studio, Singapore

Assalamualaikum....belog yang makin penuh dengan sawang...kalau kat rumah, aku rasa sawang tu dah penuh kat bucu-bucu bilik tu...tapi nak buat macam mana..sebagai wanita yang bekerjaya, belog bersawang bukanlah perkara yang pelik...hahaha....

bulan lepas aku pegi JB...so tak lepaskan peluang pergi lah masuk Singapore...wwwoooo..batak kejap masuk negara orang..hahaha...so entri kali ni banyak pix lah..sebab aku dengan takburnya nak tunjuk kat korang pix aku tyme aku g sana...komfem-komfem aku pergi Universal Studio....best wwwooo....memang berbaloi lah pergi sana.....


hepi giler bila dah sampai sana..yelah..boss bawak jalan-jalan..bila lagi nak pergi kan?? TQ Boss....:))

so aku nak korang layan pix aku kat sana....jangan jeles uuoollssss...:))

Cuba cari mana kaki aku..hahah..
terang lagi bersuluh....
aku tau korang tahu...korang memang bijak..
lalalalala....

edit...over tak??
nak kasik muka putih skit...:p

Persatuan budak baru
aku sayang dorang ni :))

apa ingat laki je boleh memanjat??
huhuhu...

muka penat..tapi syiioookkk  wooooo....

aku bersama photojourmalist..

nampak bende belakang tu??
aku naik weii...seronot gilossss....


kami di white house...
tak payah pegi jauh2 tau...hahaha...

aku sedang sedaya upaya nak bukak pintu tu...
berkunci plak...adeeehhh...

nampak real kan??
siap bau ag wei...malangnya...
dalam pix tak leh kuwa bau...
lau tak, tyme lapo aku tgk je pix ni...
:p

aku lah buruh yang paling cantek di dunia...
ok tipu...bai!!!! :p

piza ni best..tapi ade cheese...aku tak suka!!!!!!
lebih kurang rm200++ duit malaysia..

suka minah ni dapat makan...
hahaha...

best..sgt best...pergi lah ke USS :

aktiviti paling best...
shopping!!!!!!!
 MZ : seronok dapat berjalan ke negara orang...ade peluang nak pergi tempat lain plak..:))

Monday, October 1, 2012

Entri Penuh Gambar : MZ Rambang Mata Tengok Pelakon Hantu Kapcai

Alhamdulillah...aku rasa semua insan menantikan saat bahagia ni...jumpa dengan insan yang bertakhta di hati...nak dijadikan sebagai teman hidup...dan aku, aku rasa saat tu dah hampir sangat dengan aku..tak sabar rasanya nak berkongsi kegembiraan dengan family dan kawan-kawan pasal bakal suami aku tu....:))

so, sekarang ni aku tengah pikir nak pilih yang mana satu sebagai insan yang akan menakluki hati ini...haaaa..ayat novel sangat kan?? persoalannya...diva ke aku?? macam lah ramai sangat orang nak..hahaha...giler tak ramai?? memang ramai la...tak caya?? aku tunjuk ek...*sila jeles*


ni calon yang pertama...
ermmm..ketinggian? boleh tahan...
ensem? ensem jugak....
kelakar? sangat!!!!
ni calon yang kedua
ketinggian? sama tinggi dengan aku tyme aku pakai wedges...
ensem? ensem sampai speechless :p
kelakar? kurang dari calon pertama

ni calon yang ketiga..
ketinggian? perfect!!
ensem?ensem+jambu :))
kelakar? boleh lah...
 haaaa....kalau korang jadi aku, mesti korang pon tak tahu nak pilih yang mana kan?? hahhahaha...so, cer bagi cadangan yang mana perlu aku pilih...hahaha...

atas tu sume aku berangan jer....aku sebenar nye nak cite pasal Filem Hantu Kapcai ni...aku dan dua lagi staff KLPOS dapat jemputan untuk tengok preview filem ni...dan aku berani cakap, ini adalah filem terbaik Zizan Razak sebagai pelakon utama...filem dia sebelum-sebelum ni..ok lah..tapi tak seBEST filem ni...

so...aku nak kongsi gambar-gambar yang sempat staff KLPOS amek malam tu di The Cathay Cineplax.

Firz Fairuz

Zizan Razak

Neelofa

Remy Ishak


Barisan pelakon Hantu Kapcai
ni pelakon filem gak ker??
adeehhh...*pingsan*
ni video yang aku interview....neves gak nak interview...sebelum ni interview ahli politik jer..ni tibe-tibe interbiu retis..berpeluh aku...hahahahaha...alhamdulillah...selesai gak....:))









artikel yang berkaitan Filem Hantu Kapcai dan Pelakonnya :

HANTU KAPCAI
PELAKON BUKAN FAKTOR KEJAYAAN SESEBUAH FILEM
REMY & TIZ TIADA LAGI HUBUNGAN ISTIMEWA
TIGA HARI TAYANGAN : HANTU KAPCAI KUTIP RM2 JUTA?

Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya, Tiger mensabotaj perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk menyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela diatas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

MZ : interview retis & ahli politik....dua-dua ada kelebihan & kekurangan...:p

Monday, September 24, 2012

MZ Beli Cincin...Apakah??

yipppiii....suke nyer...dapat gak beli cincin...beli cincin biasa-biasa sajooo...nak beli cincin berlian tak mampu...hahaha...selepas MZ Jumpa Bakal Mak Mertua, maka kesinambungannya haruslah membeli cincin yer....makna nyer?? kira jadi lah kan?? seronok kan?? aku pon seronok...lalalalala.....

sebelum nak berlagak tayang cincin baru, aku nak tunjuk pix kat korang tyme aku beli cincin...jangan jeles....:p

MAAF!!! saya tidak pandang kamera..
mata tengah rambang nak pilih cincin..
hahahaha....*sila jeles* :p

ni lah hasil nye..:))
cantek kan?? untunglah......

untungkan?? lagi untung lau ade orang nak belikan cincin tuk aku...hahaha...aku tukar cincin je sebenarnye...cincin yang lama tu aku dah busan nak pakai...so aku pon amek lah cincin baru...best kan?? dan aku sangat rambang mata bila masuk kedai emas..kalau mampu, aku beli dah sume emas kat kedai tu...kalau mampu...kalau....kalau....kalau....:p

kesimpulannya, beli cincin ni tak de kene mengena dengan cite yang aku jumpe bakal mak mertua tu...hahahahhaa...

MZ : aku pon tertanya- tanya sape lah bakal mak dan bapak mertua aku..hahaha..sweet kan?? :p


Wednesday, August 29, 2012

Entri Banyak Gambar : PM Kena 'SERANG' Kat Pekan???

aiiissshhhh..betul ke status aku tu?? bia bebeno si MZ nie...betol la uoollssss...takkan MZ nak tipu korang plak..aku nampak dengan mata kepala aku sendiri...PM memang kene serang kat Pekan...lebih kurang 100, 000 ribu orang yang serang beliau...tapi PM kita rileks jer...dengan muka yang manis, senyuman yang sentiasa terukir di bibir, beliau bersalam dengan rakyat yang berkunjung ke RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PM & ISTERI di Pekan, Pahang pada 26 Ogos lalu.

itu lah pemimpin yang kita bangga kan..walaupun 'diserang' dengan ribuan rakyat, beliau tetap dengan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir...aku dah banyak kali cover PM...tiap kali cover, terdetik dalam hati aku, bertuahnya kita rakyat Malaysia ada pemimpin seperti beliau...

senyuman masih kekal walaupun 'diserang'

meriah giler tyme open house PM tu...tak sia-sia aku bangun pagi- pagi, gerak ke Pekan tuk cover event tu..meriah sangat-sangat....teruja dengan sambutan daripada rakyat...ramai giler beb...gerai makanan pon banyak...hahaha...tu yang penting...boleh makan macam-macam..tapi aku tak sempat nak makan pon....sibuk dengan tugasan...tu lebih penting...kan??

layan pix's aku kat sana k :))

tak nak lepas peluang amek pic...
huhu..:))

Noraniza Idris :))

Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor

Anak PM :))
dia lambai kat aku *pingsan*

Anakanda Tengku Mahkota Pahang :))

Oh manisnya, manisnya...senyumanmu...
*lagu elite*

Tengku Mahkota Pahang :))

Lan Pet Pet :))

Linda Onn :))

owwwhhh...agak2 dia dah ade awek ker??
hahahhaha :))

mereka sangat SWEET ok!!!!


DJ Dave :))

antara barisan retis yang hadir :))

hey Lan Pet Pet..hang wat apa tu??
:))

senyum....senyum...dan senyum...:))

:))

muka pon dah berkilat...badan pon dah letih..
posing jap, then balik hotel....:))

p/s:- seronok...sebab dapat jalan-jalan...hahaha...:))

Saturday, August 25, 2012

Bila MZ Dah Beso...Dah Layak Kawin Ni....:))

Selamat Hari Raya bloggers-bloggers sekalian....best tak raya tahun ni?? AKU ?? best sangattttt!!!!! sebab??

  • sebab tahun ni first tyme beraya dengan duit hasil titik peluh sendiri....dengan kata yang lebih mudah...aku dah bekerja..so segala persiapan raya untuk aku, ditanggung oleh aku...tak mintak kat ayah dah beb...best kan?? puas hati..!!!! :))
kami yang sedondon dondon..
dah macam buah kedondong..
hahahahaha.....

adek beradek yang aku sayangi...
raya tahun ni,adek lelaki aku yang paling mewah sekali..
cakap je nak ape, sume kak ngah die beli kan...
untunglah..!!!! :))
  • persiapan kecil-kecilan untuk ibu, ayah, abang, akak dan adek pon aku tanggung...tapi tak ler tanggung sume...tak mampu lagi...kecil-kecilan sajoooo....:))
  • apa yang best lagi raya tahun nie?? sebab aku dah boleh bagi duit raya dekat family, makcik-makcik, sepupu sepapat dan juga kat kanak-kanak yang datang beraya....selama ni kalau budak datang beraya, aku larik sebab tak der duit raya nak bagi....tapi kini tidak lagi......nak duit raya?? datang lah ke rumah...:))
gaya seorang adek nak bagi duit raya kat abang nyer...
tengok betol ke idok sampul tu...
kang salah bagi plak..:))

nah...Emok bagi singgit sorang..
budak kecik tak leh pegang duit banyak :))

Hijjaz cium tangan emok macam tak nak lepas...
nak duit raya lebey lettew...:p
  • tahun ni, first tyme aku beraya dengan Incik Ensem...dia harta aku..seronok bila dapat bawak dia sampai ke Ipoh...aku drive sendiri ok..hahaha...takbur plak...*sila bangga*...Incik Ensem lah teman aku kala aku kesunyian kat kampung....agak-agak boring je, terus bawak Incik Ensem pegi ronda-ronda kampung...lalalalalaaaa....:))
belakang itu adalah Incik Ensem saya...:))
ensem kan dia??

so dengan sebab-sebab yang aku dah kemukan kan kat atas tu, kira aku dah layak kawen lah kan?? hahahhaha....ade kene mengena ker??

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN...

IKHLAS DARI MZ & KELUARGA :))