Followers

Saturday, September 21, 2013

Batuk Berpanjangan....




DEAR BLOG, 

masalah batuk yang aku alami ni macam makin serius, tapi tak timbul rasa langsung nak pegi jumpa doctor...sebab?? ntah la...mungkin sebab rasa  tak de pape kot...batuk biasa...
aku pon godek-godek, saje la taip "batuk berpanjangan" kat mr.google...dapat la info ni...

sekarang ni aku makan ubat batuk cap ibu dan anak tu..korang tau?? ubat tu sangat sedap hokeyyy!!!
rasa kalau tak batuk pon nak telan 3 sudu ubat tu...boleh ketagih ker??
nanti orang kate aku ketagih ubat batuk plak...hahaha...

errmmm...aku tak de pilihan...kene jumpa doktor gak ni...
baik baik baik...jangan membebel..aku nak pegi ni...daaaaaa....


MASALAH sering bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya, tekak terasa semakin gatal dan tidak lama kemudian, kita mula mengalami batuk-batuk yang teruk.

Semua orang pernah diserang batuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan pengalaman ini sememangnya kurang menyenangkan terutamanya jika kita sedang melakukan sesuatu yang penting seperti menghadiri mesyuarat, memberi ucapan atau menyertai telepersidangan.

"Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara," kata Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.

Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan penghalang.

Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.

"Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja," terang Patrick.

Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan

Ini mungkin termasuk sakit kepala, disritmia kardium (denyutan jantung tak sekata), masalah tidur, pendarahan subkonjunktiva (mata merah), muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.

"Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri," katanya.

Menurutnya, seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan.

Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.

"Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus)," jelas Patrick tentang jenis batuk.

Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.

"Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami," terangnya.

Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.

"Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu malam apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit. Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah," tambah Patrick.

Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selesema biasa dan flu.

"Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan," Patrick mengingatkan.



Tuesday, September 3, 2013

Salahkah Aku??Aku Tak Nak La Bilik Ni...

kat opis baru..aku dapat bilik sorang...Alhamdulillah...aku tak pernah lupa apa yang aku dapat sehingga ke hari ini semuanya rezeki daripada Allah...iyer...sebagai manusia, kita tak terlepas tuk berharapkan sesuatu yang lebih...tapi kita tak mampu capai semua yang kita inginkan....

aku dapat bilik sorang makin poyo??? noooo!!!! memang tak la..mungkin aku sedikit tegas dalam sesuatu perkara...yes...aku akui...mungkin benda tu menjadi berat bila aku babitkan dengan emosi...dan emosi tu datang bukan salah aku...semua orang ada emosi...so?? apa masalahnya??

kadang2 aku cuma pelik, kenapa ada orang yang tak boleh nak beri komitmen dengan kerja yang dorang ada...aku tak lah kata aku ni komit sangat ngan keje aku...tapi bila kita dah tau tanggungjawab kita, sendiri pikir la....

aku tak pernah mintak tuk jadi editor...sehingga membawa aku ketahap ni...sejak mula masuk keja, aku tau aku dapat keje editor...aku sendiri pon tak caya..sebab artikel aku sendiri teruk, cane aku nak edit artikel orang?? aku pon masih dalam proses belajar....aku tak mampu..tapi bila pikir kan tu tanggungjawab yang harus aku pikul...aku galas gak jawatan editor tu...mungkin pengalaman aku praktikal kat utusan bagi aku sedikir gambaran pasal editor....

percayalah...aku sendiri tak nak staff lain rasa aku bangga diri sebab aku editor...dan aku nak korang tahu yang aku nak jadi wartawan...wartawan yang sebenar...tapi mungkin belum rezeki aku...sebagai editor, aku tegur apa yang salah melalui pengalaman yang aku ada....skit pon aku tak de niat nak bangga diri....

mungkin cara aku tegur agak kasar...tapi tu adalah aku...aku tak reti nak cakap lembut-lembut...tapi aku kasar kejap jer...then aku akan ok...aku pandai pujuk hati aku sendiri...jangan risau...aku tak perlu orang pujuk aku...aku boleh pujuk hati aku....


setahun aku bersama korang..aku rasa korang da paham...tapi tak...tapi aku tak harap kan korang faham aku..sebab aku pon tak tau lagi aku akan sampai ke tahap mana bersama korang...kalau korang rasa editor ni buat aku bangga diri...aku tak sesuai pegang jawatan ni, bitaw lah...aku sendiri akan letak jawatan aku....

dan aku tak kisah kalau aku betol-betol tak diperlukan kat opis ni....sebab aku dah lali dengan ayat 
"KO TAK DE PON, AKU TAK KISAH"....

Sunday, September 1, 2013

Kerana Daniyal....


Muhammad Daniyal...
Cucu atok nenda...
Kesayangan emok...
semakin beso semakin manja....

Ayel nama manja nye...
faktor beso tuk emok balik awal ke umah...
tapi tiap kali sampai umah...Ayel da tido...

Bila Ayel tido...sunyi jer rumah...
emok busan....tak tau nak kacau sape...
Semua kerana Daniyal...