Followers

Wednesday, August 15, 2012

Mangsa Baran Seorang Lelaki



Dari Hmetro Online melaporkan kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.
________________________________________________________

Lelaki dan baran memang dan sinonim...tak dapat nak dinafikan..tapi mengapa tergamak lakukan samapi macam tu sekali...tak pikir kah pasal keluarga mangsa??

Lelaki pon kalau betol anda sayang kan pasangan anda, tak salah baran tu dikawal kan?? bukan untuk orang lain..untuk insan yang anda sayang jugak...

p/s :- mintak jauh lah dapat laki yang panas-panas baran ni....amin...:))

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.