Followers

Wednesday, March 7, 2012

~ MZ hidap kanser?? ~

PEMBEDAHAN...
tu pon da cukup wat aku gerun...


YA ALLAH....benar ke tajuk entri aku tu?? Ya Allah..jauhkanlah aku daripada segala penyakit dan kurniakanlah aku dan hambaMu yang lain dengan kesihatan yang baik...AMIN...

sebelum ni aku pernah ceritakan yang aku menghidap TYROID kan?? iyer..aku masih lagi mendapatkan rawatan kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang...

13 Februari 2012, genap kali ke-10 aku berulang-alik jumpa doktor kat HTAR tu...dan hari tu gak lah hari yang paling menyedihkan...alkisah....

Doktor :- Mahirah, macam mana dengan tyroid awak tu?
MZ :- makin besar lah doktor...tapi tak sakit..

Doktor :- boleh saya tengok tyroid awak?
MZ :- *selak tudung & tunjuk kan tyroid kat doktor*

Doktor :- *dengan selamber wat muka terkejut beruk*..oooo...besar jugak yer..
MZ :- *senyum*

Doktor :- Kami terpaksa bedah tyroid kamu sebab 2 kali FNAC (ambil spesimen darah tyroid) menunjukkan tanda- tanda kanser....oleh itu, kami terpaksa bedah lah tyroid kamu tu...tapi kamu jangan risau sebab pembedahan ni takkan membuat kamu  bergantung pada ubat seumur hidup selepas dibedah...kami akan buang sebelah kelenjar tyroid kamu, dan kamu masih lagi boleh bergantung dengan kelenjar tyroid yang lagi sebelah..dan ia masih berfungsi dengan baik walaupun hanya bergantung pada satu kelenjar sahaja...so, kamu kene jumpa pakar leher dan pakar bius sebelum hari pembedahan sebenar...*bebelan doktor yang berjela-jela*
MZ :- *terkesima sambil airmata wanita bergenang*

Doktor:- kami akan bagi tarikh pembedahan kamu...so ade masalah dengan itu? kamu kerja mana atau belajar lagi??
MZ:- bila- bila pon boleh doktor sebab saya baru habis belajar dan belum lagi cari keje...:))

Doktor:- ok...tunggu di luar yer...nanti nurse akan panggil nama kamu...
MZ:- terima kasih doktor....*keluar bilik doktor sambil mengesat airmata...sedih la konon :p*

Setelah 15 minit menunggu....MAHIRAN!!!!!! *nurse panggil*

MZ :- *chaittt...berani nurse ni sebut nama aku salah...terang-terang kat kad spital tu nama aku MAHIRAH...MAHIRAN tu nama editor aku kat Utusan lah...*

Nurse:- awak kene amek darah dulu..besok datang lagi dan buat appoinment dengan pakar tekak yer...di tingkat 1...
MZ:- baik nurse...terima kasih yer...*airmata masih bergenang sebab nak kene amek darah...aku benci jarum!!!!! * 

nama pon tulisan doktor..
memang payah nak faham..
yang aku tau 'tyroid' jer..
hehehe...

1 comment:

Komen anda dihargai.