Followers

Monday, January 11, 2016

Cara Pengendalian Susu Ibu Perahan




Bab simpan susu ibu ni memang aku study lebih skit...selain google, aku tanya kakak aku...banyak kali jugak la aku google pasal penyimpanan susu ibu ni...bila baca rasa macam dah faham...tapi bila nak terang kan kat ibu, terkial-kial...haha...ibu-ibu kena hadam betul2 bab simpan susu ni..tambah lagi yang bekerja...dan tinggal kan anak kat pengasuh...yelah..bukan semua pengasuh nak terima susu ibu ni...mungkin susah kot bagi dorang nak cairkan...pastu nak panaskan susu...ermm...

Susu boleh diperah dan disimpan seawal 2 atau 4 minggu selepas bersalin...aku buat stok susu 3 minggu selepas bersalin..tu pun lepas kakak aku membebel suruh buat...mula2 rasa macam lambat lagi...tapi bila da masuk sebulan, taleh jadi...kena buat stok awal2 ni...hihi...sekarang ni...haaaa...hamekkk...Maima da kuat nyusu...tapi alhamdulillah, tak pernah putus stok susu kat kat peti ais tu...rezeki Maima...susu aku banyak tanpa makan supliment...

Perah susu bila2 masa jika kita rasa payudara masih ada susu walaupun baby dah cukup menyusu...masa mula2 perah, aku memang hentam je waktu bila nak perah...tapi bila baca pengalaman ibu-ibu lain, lagi bagus kalau kita ada jadual untuk perah susu...dua jam atau tiga jam sekali, boleh la perah...set kan alarm kat hp, berbunyi alarm tu, so korang tau la tyme tu waktu untuk menunaikan hak baby korang...hikhik...

Susu ibu boleh disimpan dalam bekas yang bersih dan bertutup yang bebas BPA...biasa untuk bayi, memang akan tulis free BPA...so bekas tu sesuai la untuk simpan susu ibu...Labelkan tarikh dan masa perahan pada bekas...bila da mula kerja nanti, susu yang paling awal diperah yang perlu digunakan terlebih dahulu...tinggal kan sekurang-kurangnya 1inci ruang pada bekas bagi mengelakkan susu melimpah keluar sebab susu akan mengembang semasa proses pembekuan...

susu yang disimpan dalam bekas dadih

BAYI SIHAT

Susu segar (fresh milk) 
- pada suhu bilik (25-37°c)  boleh bertahan selama 4 jam
- bilik berhawa dingin (15-25°c) boleh bertahan selama 8 jam
- bilik berhawa dingin (<15°c) bertahan selama 24 jam

Susu segar yg disimpan dalam peti sejuk (2-4°c) akan bertahan sehingga 8 hari...pastikan suhu peti sejuk sentiasa kekal pada suhu sepatutnya..jika tidak digalakkan menyimpan sehinhga 3-5hari sahaja...

Susu ibu yang dibekukan (frozen milk)
- tempat pembeku (peti sejuk 1 pintu) boleh bertahan selama 2 minggu
- tempat pembeku (peti sejuk 2 pintu) boleh bertahan selama 3 bulan
- peti sejuk beku (deep freezer) boleh bertahan selama 6 bulan.

Susu yang dinyahbeku dalam peti sejuk (defrost) boleh bertahan selama 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula jika ada lebihan susu yang tidak diminum.Jangan sayang nak buang susu ibu jika dah lebih tempoh yang ditetapkan..insyaAllah ada rezeki untuk baby kalian...jangan putus asa untuk perah susu yer...cayook cayokk...

susu yang disimpan dalam deep freezer

BAYI PRAMATANG 

Susu segar (fresh milk) 
- pada suhu bilik (25-37°c)  boleh bertahan selama 4 jam
- bilik berhawa dingin (15-25°c) - TIDAK BOLEH
- bilik berhawa dingin (<15°c) - TIDAK BOLEH

Susu segar yg disimpan dalam peti sejuk (2-4°c) akan bertahan sehingga 48 jam...

Susu ibu yang dibekukan (frozen milk)
- tempat pembeku (peti sejuk 1 pintu) boleh bertahan selama 2 minggu
- tempat pembeku (peti sejuk 2 pintu) boleh bertahan selama 3 bulan
- peti sejuk beku (deep freezer) boleh bertahan selama 3 bulan.

Susu yang dinyahbeku dalam peti sejuk (defrost) boleh bertahan selama 12 jam dan tidak boleh dibekukan semula jika ada lebihan susu yang tidak diminum.

EBM - expressed breast milk (susu ibu perahan)
FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah
FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan
CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan).

FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dah minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan sahaja. Elakkan dari memanaskan EBM dlm kuantiti yg banyak kerana ia tidak tahan lama dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak.

serius...bab susu ni memang kena hadam betol2...sebab setiap ibu nak yang terbaik untuk anak mereka..macam tu jugak aku...aku nak yang terbaik untuk Maima..selagi ada rezeki, aku akan bagi Maima susu badan..insyaAllah...

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.