Followers

Wednesday, January 20, 2016

Cara Pengendalian Susu Ibu Perahan Bagi Wanita Bekerja

muka puas lepas dapat susu...
Aku cuti berpantang 2bulan jer, biasa la kerja swasta mana dapat cuti sampai tiga bulan...hoho..sedih nak tinggal kan anak???giler tak sedih...anak kot...aku yang meneran bersalin kan dia..hahaha...lagi pon 2bulan berpantang tengok muka dia hari2...bila da stat kerja, sedih laaaa...biasalaaaa....emosi mak mak ni kan...tapi hidup mesti diterukan...hihi...

Sementara aku nak cari pengasuh ni,Maima tinggal dengan nenda (ibu aku) di Kuala Selangor...aku plak kerja kat KL...dua hari seminggu aku akan balik KS untuk hantar susu...kalau nenda call bagitau susu Maima da tinggal sebotol, lepas balik kerja aku dan Incik Suami balik KS hantar susu...selagi ada rezeki, tak nak Maima putus susu ibu...aku tanak sekat2 susu Maima...selagi ada, minum la nak...insyaAllah setiap anak ade rezeki masing2...

Bila dah kerja ni, kena hadam cara kendalikan susu ibu perahan waktu kat opis plak...kat bawah ni senarai semak untuk ibu yang bekerja...

- pilih pakaian yang sesuai...berbutang atau berzip di depan
-siapkan peralatan - ice brick, bekas atau botol simpan susu, cooler box dan pam susu
- set alarm di hp, supaya kita tau bila masa kita akan pam susu di pejabat...

Bila waktu bekerja, aku akan bangun awal untuk pam susu sebelum pergi kerja...di pejabat, aku akan pam pukul 12tengah hari, dan pukul 5 petang waktu balik kerja...yerr...memang pam dalam kereta la...hihi...waktu malam aku pam pukul 9...

Kat opis aku tak ade peti sejuk, maka aku bawak cooler bag dan ice brick untuk pastikan susu ibu perahan akan berada dalam keadaan sejuk.



Hasil perahan kanan dan kiri boleh terus dicampur ke dalam botol yg sama. Memandangkan opis aku tak ade peti ais, makan peralatan untuk pam susu tu aku tak basuh la...aku masuk kan sekali dalam cooler bag tu...bila sampai rumah....baru aku basuh...basuh dengan pencuci khas botol bayi tu tau...yelahhh...susu ibu ni lemak nya meriah...kalau tak basuh betol2...takot melekat kat peralatan pam...

NOTA PENTING :-
# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti.

# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC - 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas.

# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC - 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan aircond sentiasa di pasang.

# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik. Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.