Followers

Thursday, March 10, 2011

~ WARTAWAN, UNDANG2 & NEGARA ~

topik mcm gah..huhu...agak gah di situ yer.....
tu adalah tema tuk KOLOKIUM KRITIKA MEDIA KE 24...yg dianjurkan oleh pelajar SEMESTER 5 KEWARTAWAN FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA....(yakni kelas aku n 5c)..huhuhu...

kolokium ni mcm perbincgn ttg sesuatu isu lah...kolokium ni tiap2 sem ade n studnt sem 5 yg kene organize..
tuk kolokium kali ni...aku...MAHIRAH BINTI ZAKARIA...no matriks 2008399467...huhuhu...
memegang jawtn sebagai TIMBALAN KETUA PROJEK...

seng ke jd TKP nie??boleh tahan lah gak tugas2 nyer...huhuhu....
on that event, aku ditugaskn menjadi FLOOR MANAGER (FM)...yakni aku bert/jwb memastikan segala perjalanan kolokium berjalan lancar.....

and ALHAMDULILLAH.....kolokium tu berjalan dgn lancar......SYUKUR pd TUHAN.....

ni lah....owg2 yg telah menjayakan KOLOKIUM nie...
tahniah kpd anda semua :-)

aksi FM tgk anak buah nye wat keje...huhuhu..
yg sedg tydo kat belakg tu ialah KP event ni..
KP a.k.a KETUA PROJEK..
nape die tydo???
bab pada ari event, FM yg ade kose veto....
bab tu die senang lenang...sesuka ati je tydo..hahaha...

aku yg sedg berANGAN2 nak jd mederator...
bersama 3 panel yg sengal...huhuhu

best fren aku di uitm.....

gurl's MC221 5A...
(mc221 tu program di masscomm....221 tuk keWARTAWANAN)


5A dan 5C bergabung...
mana aku???
hehehhe......cari2....
sape dpt cari, akan dapat adiah.....
senyuman yg manis dari aku...lalalala.....

aduhhh!!!!!
ni tak dpt nk elak bile emosi GEDIK dah dtg...huhuhu...

PANEL2 KOLOKIUM KRITIKAN MEDIA KE 24

  • DATUK MOHD ZAINI HASSAN - PENGARANG UTUSAN MALAYSIA
  • PROF DR ABDUL AZIZ BARI - PROF.KULIYYAH UNDANG2 UIAM
  • RAZALI AWANG - SENIOR WARTAWAN TV3

p/s:- bersyukur bab sume berjalan ngn lancar...TERIMA KASIH pada sume yg membantu menjayakan event nie....yg pntg...lepas sudah tugas aku sbg FM...huhuhu...

event ni masuk paper......bace yer....huhuhu....


SURUHANJAYA DICADANG UNTUK PANTAU LAPORAN MEDIA

SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Cadangan dibuat supya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi "menegur dan memantau" laporan media dan saluran untuk rakyat membuat aduan. Pengarang akhbar Utusan Malaysia Datuk Mohd Zaini Hassan berkata suruhanjaya itu perlu dianggotai oleh wakil pengamal media, ahli akademik serta mereka yang difikirkan sesuai, tanpa ia diletakkan di bawah sebarang kementerian.
"Dengan adanya suruhanjaya seperti ini, segala rasa tidak puas hati dan aduan mengenai laporan media dapat dibuat melalui saluran yang betul," katanya pada kolokium kritikan media ke-24 anjuran Universiti Teknologi Mara dengan tema "Wartawan, Undang-undang dan Negara" di sini hari ini. Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan penerbit TV3 Razali Awang antara ahli panelnya.
Bagi Dr Abdul Aziz, suruhanjaya khas tersebut perlu mempunyai modus operandi dan tidak dikongkong oleh satu badan memandangkan media mempunyai kawalan sendiri serta mempunyai kuasa undang-undang untuk bertindak terhadap laporan yang salah.
-- BERNAMA MK HK HM
 Majlis Media perlu tubuhkan
SHAH ALAM 5 Mac – Penubuhan Majlis Media yang disyorkan sejak sekian lama perlu dilaksanakan bagi menentukan nasib pengamal media dan pengguna di negara ini dapat dibela.
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan yang membangkitkan kembali syor penubuhan majlis itu atau sebuah Suruhanjaya Media berkata, langkah tersebut penting bagi membolehkan rakyat turut dapat meluahkan aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu laporan atau berita.
“Golongan wartawan diibaratkan seperti lilin, mereka membakar diri sendiri untuk kepentingan orang lain tetapi oleh kerana keadaan yang terlalu tebal dengan birokratik menyebabkan wartawan tidak terbela.
“Justeru, kewujudan sebuah majlis atau Suruhanjaya Media merupakan satu keperluan untuk pastikan hak semua pihak berada pada landasannya,” katanya.
Beliau melontarkan pandangan tersebut pada Kolokium Kritikan Media Ke-24 bertemakan ‘Wartawan, Undang-Undang dan Negeri’ anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Zaini yang mengupas tajuk ‘Wartawan Penerus Agenda Pembangunan Negara: Antara Pelaporan Terpimpin atau Pelaporan Tiada Batasan’ berkata, pengamal media menghadapi cabaran dalam memastikan etika kewartawanan dapat terus diamalkan ekoran faktor kemunculan pelbagai medium media baru yang mengutamakan kepantasan laporan berita.
“Secara radikalnya etika media tidak lagi relevan kerana soal ketepatan bukan dijadikan asas penting tetapi soal kepantasan sekali gus memberikan kesan kepada maklumat yang disalurkan. - UTUSAN


0 comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.