Followers

Monday, December 7, 2015

Buat Stok Susu Awal Sebelum Mula Bekerja



Susu ibu...iyer, siapa yang tak nak bagi susu ibu kat anak sendiri kan? semua ibu nak buat perkara tu...tapi setiap orang rezekinya lain-lain...ada yang dikurniakan susu badan yang banyak..melimpah ruah...ada yang dapat dalam 2oz-4oz sekali pump, lepas beberapa bulan susu kering..so,kena bagi anak susu formula...

Tapi masalahnya, kenapa ada dikalangan ibu-ibu yang malu nak mengaku bagi susu formula kat anak? entah...aku pon tak faham..kenapa nak kena malu?dosa ker? kita semua...maksud aku, semua ibu-ibu kalau boleh nak breastfeed (BF) anak sehingga 2 tahun, tapi kalau bukan rezeki, nak buat macam mana...

Alhamdulillah...aku setakat ni aku dapat BF kan Maima tanpa bergantung pada supliment...yelah, sekarang ni memang banyak produk nak banyakkan susu...sebab apa? sebab orang malu kalau anak minum susu formula..eh, iyer ker? 

9 bulan mengandungkan baby, of course kita nak yang terbaik untuk anak kita, dan kita semua tahu yang susu ibu memang terbaik..tapi kalau bukan rezeki kita untuk BF kan anak sampai 2 tahun,nak buat macam mana kan?sekurang-kurangnya ibu-ibu dah berusaha yang terbaik untuk anak-anak...syabas!!!!

Aku start pump susu sejak tiga minggu berpantang...tak la awal sangat,sebab aku risau stok tak cukup bila aku da start kerja nanti...Maima belajar guna botol masa usia sebulan...aku saja ajar dia awal, tanak dia kekok bila aku kerja nanti...alhamdulillah..Maima nak minum botol..kalau ikut dia, memang nak mengempeng je kerja nyer..hihi..

Bab susu ibu ni,kita kena selalu positif..tak boleh stress dan yang penting niat nak BF kan anak..insyaAllah..tak perlu supliment2 bagai tu...lagi pun susu ibu ni lebih kepada 'demand & supply'..semakin banyak kita keluar kan susu, semakin banyak susu akan terhasil...think positive yer ibu-ibu sekalian...orang sekeliling pun kena lah bantu...jangan nak kondem jer kenapa susu sikit...

Masa mula2 buat stok susu,aku simpan dalam bekas dadih tu..aku simpan 3oz setiap bekas...tapi sekarang dah guna breast milk storage bags jenama Autumnz...simpan banyak sebab Maima da mula minum banyak...orang kata anak lelaki je kuat nyusu, Maima pun menyusu boleh tahan gak...ikut tekak dia...:)


Botol susu pulak aku guna jenama Pigeon...kenapa? sebab berdasarkan pengalaman kakak aku, botol ni bentuknya lebih kurang macam breast ibu, puting nya pulak bagus sebab selagi baby tak hisap, susu tak akan keluar...tu lah untung nya ada kakak, boleh tanya yang mana ok mana tak...



Pump susu aku pilih jenama Malish Aria...beli online kat laman web PumpOnTheGo...lekas lekas tengok mana yang berkenan...hikhik...


Bab penyimpanan susu ibu ni, banyak kali aku google...nak bagi faham betul2...lepas tu explain kat ibu pulak, sebab ibu jaga Maima sementara aku nak cari pengasuh ni... love u ibu!!!



0 comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.