Followers

Wednesday, February 17, 2016

Berkhatan Bayi Perempuan...



Alhamdulillah...7 Februari 2016 aku dan Incik Suami bawak Maima ke Klinik Pusrawi,Jalan Ipoh untuk sunatkan dia...da besar da anak ibu ni...

Incik Suami dah call klinik tu sebulan sebelum nak pergi...kira masa tu Maima baru tiga bulan...sebab memang plan Maima empat bulan nak bawak pergi sunat terus...mykid pon dah dapat, so senang la sikit urusannya...

Sehari sebelum nak pergi kena call...pagi pada hari nak pergi pon kena call..bukan apa, nak pastikan ada doktor perempuan tak untuk proses sunat tu...

Bayaran dalam rm40 (selepas digenapkan)...tak sampai seminit pon proses sunat baby perempuan ni...tak sempat aku nak duduk nurse da panggil kata da siap...

Ehh...siap da? Aku pegi kat Maima...die tengah tersengih tengok aku dan abahnya...hihi...lawak la anak ibu ni...ibu neves, awak boleh sengih plak...

Doktor bekal kan ubat kuning...kalau berdarah, letak je ubat tu...alhamdulillah...Maima ok...siap sengih2 lagi...i love u,anak!!!

Alhamdulillah...selesai bab nak sunatkan Maima...taknak lengah2, takot lupa...hihi...

muka sebelum sunat...
muka baby...muka manja...
muka selepas sunat...
muka kakak kakak...hahaha...


Thursday, January 28, 2016

Penangan Mee Kari Daud Mat Jasak!



Bila sebut mengenai Ipoh, buah limau barli adalah perkara yang paling sinonim meniti di bibir. Tetapi, mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bandaraya Ipoh juga memiliki keunikan makanan yang tersendiri.

Pernah ke anda singgah di restoran Mee Kari Daud Mat Jasak? Lokasinya di Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, Ipoh. Mungkin bagi yang baru pertama kali ingin ke restoran berkenaan akan menghadapi kesukaran mencarinya, tetapi dengan teknologi moden yang ada sekarang, semuanya menjadi mudah. Hanya cari ‘Mee Kari Daud Mat Jasak’ di aplikasi Waze, anda akan ketemu destinasi yang dihajati.

Restoran Daud – Mee Daud Mat Jasak terletak di hujung deretan kedai dan sedikit terlindung. Maka tidak mustahil bagi pengunjung yang pertama kali mencari restoran tersebut akan terlepas pandang. Namun jangan bimbang, kerana terdapat papan tanda besar untuk restoran mee kari ini.

Apa yang istimewa mengenai kedai ini? Restoran ini sering menjadi bualan kerana menyajikan mi kari yang dikatakan terbaik di Ipoh, malahan pengunjung yang datang dari sebelah utara sanggup meredah kesesakan lalu lintas untuk menikmati sajian mi kari di restoran tersebut.



Mi kari yang disediakan lengkap dengan tauhu, bebola ikan dan tauge yang mampu membuka selera pengunjung tambahan dengan kuahnya yang enak dan pekat. Mungkin secara kasarnya tiada apa yang istimewa mengenai mi kari ini, tetapi bila mee kari dimakan dengan sos istimewa yang disediakan, rasanya sedap tak terhingga.

Bagi yang tidak puas dengan hidangan semangkuk mi kari, anda juga boleh memilih pelbagai jenis yong taufu sup yang memang lazat dinikmati bersama sos istimewa tersebut.



Selain mi kari, mi kicap juga menjadi salah satu keunikan di restoran ini. Penggemar mi kicap tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menikmati hidangan itu di restoran ini.

Mi sup juga merupakan antara menu yang digemari pengunjung. Selain mi, isinya boleh digantikan dengan bihun ataupun kueyteow. Terdapat kueyteow kari, kueyteow sup dan juga kueyteow kicap selain mi dan bihun.



Jika anda ke Ipoh, pastikan restoran Mee Kari Daud Mat Jasak ini menjadi salah satu destinasi di dalam kunjungan kerana ia tidak akan menghampakan! Jemput makan…

Sumber : Jurnal Malaysia

Wednesday, January 20, 2016

Tips Meriahkan Susu Ibu Versi MZ


sejak aku mula kerja ni...seminggu dua kali aku akan balik Kuala Selangor...hantar susu Maima...Maima makin membesar...makin kuat minum susu...aku tak boleh bajet yang dia akan minum 2oz sampai ke besar...bila dia da menginjak 6 bulan, mungkin dia kan minum 5oz...so, aku memang kena rajin pam susu...walaupun memang rasa penat sebab kerja, balik rumah uruskan suami dan kerja rumah lagi, tapi bila teringat muka Maima..hilang penat...Allah...sebab tu aku setuju bila Incik Suami nak letak nama Maima...kenikmatan...

kadang2 aku risau...risau susu drop...yelah,sebab penat kerja kan..pam memang pam,tapi kalau kita penat dan tension pon boleh jadi faktor susu drop..aku kalau boleh tak nak la makan milk booster tu...sebab aku ade gak baca blog Asiah Maharam yang ada je ibu2 boleh kumpul stok susu tanpa supliment...so aku pon cuba la...hihi...

aku nak kongsi dengan korang apa yang aku buat nak bagi susu meriah dengan jaya nyer...kira ni lah milk booster aku buat masa ni...kini yer...akan datang taktau... :)



Aisya Maima...setiap kali pam...aku akan tengok Maima...kalau tyme tu dia ada kat Kuala Selangor, aku belek la muka  & video dia kat dalam oppo aku ni...kalau dia ada sekali dengan aku, biasa aku akan bagi dia menyusu sebelah, sebelah lagi aku pam...betul..serius menjadi...susu akan melimpah bila kita pam sebelah, dan sebelah lagi anak kita menyusu...tak percaya? try la...

Tyme tengah pam ni..pikir benda yang indah jer..takmo tensi-tensi...kalau aku,aku suka pikir kan Maima...sebab aku rasa kenikmatan yang luar biasa bila dapat dia...hilang rasa sakit bersalin...nikmat menjadi seorang ibu...seronok...insyaAllah, sape2 yang bergelar perempuan,pasti akan lalui perasaan yang aku rasa sekarang ni...



Milk booster aku yang kedua...mesti lah Incik Suami...kadang2 kalau tengah pam tu, aku mintak dia urut tangan,urut kaki, urut belakang, kita akan rasa tenang...susu pon senang nak keluar...sebab akak Hana yang urut aku lepas bersalin tu ENTRI DI SINI ada bagitau yang urat susu ada kat belakang badan...tapi aku tak tau la spesifik nya kat mana...kang aku suruh Incik Suami urut, men tibai je kang, urat lain plak kena..haha..so nak selamat, aku suruh je dia urut belakang badan..bila kita tenang, insyaAllah susu pon senang nak keluar...



Selain tu, aku minum air sengkuang cina F&N tu...ada orang kata kalau nak lagi berkesan,beli sengkuang cina tu, rebus..air nya letak gula skit, pastu minum...tapi bila fikir balik tahap kerajinan aku tak berapa nak tinggi, aku beli yang dalam tin tu je..memang manis, biasa kalau aku minum mesti aku tambah air suam...alhamdulillah...setiap kali aku pam akan dapat 5oz hingga 8oz...tu pon aku rasa macam drop...drop ker?? pendapat pelissss...

yang penting...jangan lupa doa...doa mintak pada Allah SWT supaya susu badan akan sentiasa ada untuk anak..insyaAllah,kalau niat kita baik,Allah akan tunaikan...Allah SWT tu kan Maha Penyayang...

  • letak tangan di payudara kemudian baca ayat dibawah
    aku akan baca doa ni setiap kali nak pam susu...
  • berzikir dengan kalimah Ya Matin 70 kali setiap hari. boleh juga baca zikir ni dan hembuskan pada air sebelum diminum
  • baca doa untuk ibu-ibu "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku,banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...amin"
  • baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam susu

Banyak lagi makanan yang boleh membantu penambahan susu ibu ni...
  • makanan sunnah...kurma, kismis, madu...
  • lobak putih
  • bayam
  • brokoli
  • sawi
  • cekur manis
  • pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang
  • kacang hijau,kacang tanah
  • daun kucai
  • petola
  • kacang buncis, kacang dal
  • pucuk betik
  • segala jenis roti
  • ikan tenggiri
  • sengkuang cina
minuman plak....
  • air masak semestinya...3 liter sehari
  • susu...ermm..aku tak minum susu...
  • longan kering....rebus..tambah gula skit..minum airnya..
  • halba...rendam dan minum airnya
  • oat
  • minum milo/ nestum/horlicks
  • minumair rebusan buah pala/ jus pegaga/ spirulina
  • soya
  • air kelapa, air kurma
  • air rebusan daun betik
  • lobak putih...parut dan kisar lobak, kemudian campur air suam

Cara Pengendalian Susu Ibu Perahan Bagi Wanita Bekerja

muka puas lepas dapat susu...
Aku cuti berpantang 2bulan jer, biasa la kerja swasta mana dapat cuti sampai tiga bulan...hoho..sedih nak tinggal kan anak???giler tak sedih...anak kot...aku yang meneran bersalin kan dia..hahaha...lagi pon 2bulan berpantang tengok muka dia hari2...bila da stat kerja, sedih laaaa...biasalaaaa....emosi mak mak ni kan...tapi hidup mesti diterukan...hihi...

Sementara aku nak cari pengasuh ni,Maima tinggal dengan nenda (ibu aku) di Kuala Selangor...aku plak kerja kat KL...dua hari seminggu aku akan balik KS untuk hantar susu...kalau nenda call bagitau susu Maima da tinggal sebotol, lepas balik kerja aku dan Incik Suami balik KS hantar susu...selagi ada rezeki, tak nak Maima putus susu ibu...aku tanak sekat2 susu Maima...selagi ada, minum la nak...insyaAllah setiap anak ade rezeki masing2...

Bila dah kerja ni, kena hadam cara kendalikan susu ibu perahan waktu kat opis plak...kat bawah ni senarai semak untuk ibu yang bekerja...

- pilih pakaian yang sesuai...berbutang atau berzip di depan
-siapkan peralatan - ice brick, bekas atau botol simpan susu, cooler box dan pam susu
- set alarm di hp, supaya kita tau bila masa kita akan pam susu di pejabat...

Bila waktu bekerja, aku akan bangun awal untuk pam susu sebelum pergi kerja...di pejabat, aku akan pam pukul 12tengah hari, dan pukul 5 petang waktu balik kerja...yerr...memang pam dalam kereta la...hihi...waktu malam aku pam pukul 9...

Kat opis aku tak ade peti sejuk, maka aku bawak cooler bag dan ice brick untuk pastikan susu ibu perahan akan berada dalam keadaan sejuk.



Hasil perahan kanan dan kiri boleh terus dicampur ke dalam botol yg sama. Memandangkan opis aku tak ade peti ais, makan peralatan untuk pam susu tu aku tak basuh la...aku masuk kan sekali dalam cooler bag tu...bila sampai rumah....baru aku basuh...basuh dengan pencuci khas botol bayi tu tau...yelahhh...susu ibu ni lemak nya meriah...kalau tak basuh betol2...takot melekat kat peralatan pam...

NOTA PENTING :-
# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti.

# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC - 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas.

# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC - 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan aircond sentiasa di pasang.

# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik. Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..