Followers

Showing posts with label ~ jalan2 cari makan ~. Show all posts
Showing posts with label ~ jalan2 cari makan ~. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

Penangan Mee Kari Daud Mat Jasak!



Bila sebut mengenai Ipoh, buah limau barli adalah perkara yang paling sinonim meniti di bibir. Tetapi, mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bandaraya Ipoh juga memiliki keunikan makanan yang tersendiri.

Pernah ke anda singgah di restoran Mee Kari Daud Mat Jasak? Lokasinya di Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, Ipoh. Mungkin bagi yang baru pertama kali ingin ke restoran berkenaan akan menghadapi kesukaran mencarinya, tetapi dengan teknologi moden yang ada sekarang, semuanya menjadi mudah. Hanya cari ‘Mee Kari Daud Mat Jasak’ di aplikasi Waze, anda akan ketemu destinasi yang dihajati.

Restoran Daud – Mee Daud Mat Jasak terletak di hujung deretan kedai dan sedikit terlindung. Maka tidak mustahil bagi pengunjung yang pertama kali mencari restoran tersebut akan terlepas pandang. Namun jangan bimbang, kerana terdapat papan tanda besar untuk restoran mee kari ini.

Apa yang istimewa mengenai kedai ini? Restoran ini sering menjadi bualan kerana menyajikan mi kari yang dikatakan terbaik di Ipoh, malahan pengunjung yang datang dari sebelah utara sanggup meredah kesesakan lalu lintas untuk menikmati sajian mi kari di restoran tersebut.



Mi kari yang disediakan lengkap dengan tauhu, bebola ikan dan tauge yang mampu membuka selera pengunjung tambahan dengan kuahnya yang enak dan pekat. Mungkin secara kasarnya tiada apa yang istimewa mengenai mi kari ini, tetapi bila mee kari dimakan dengan sos istimewa yang disediakan, rasanya sedap tak terhingga.

Bagi yang tidak puas dengan hidangan semangkuk mi kari, anda juga boleh memilih pelbagai jenis yong taufu sup yang memang lazat dinikmati bersama sos istimewa tersebut.



Selain mi kari, mi kicap juga menjadi salah satu keunikan di restoran ini. Penggemar mi kicap tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menikmati hidangan itu di restoran ini.

Mi sup juga merupakan antara menu yang digemari pengunjung. Selain mi, isinya boleh digantikan dengan bihun ataupun kueyteow. Terdapat kueyteow kari, kueyteow sup dan juga kueyteow kicap selain mi dan bihun.



Jika anda ke Ipoh, pastikan restoran Mee Kari Daud Mat Jasak ini menjadi salah satu destinasi di dalam kunjungan kerana ia tidak akan menghampakan! Jemput makan…

Sumber : Jurnal Malaysia

Monday, January 16, 2012

~ cinta Strawberi Celup Cokelat ~

Assalamualaikum...dah lama tak update blog...sekarang aku dah tamat praktikal , maka dengan bangga nya keaftifan aku untuk berbelog akan meningkat sepuluh kali ganda berbanding sebelum ini...huhu..

tengok entri...komfem pasal makan...:))...aku memang suka makan...tak dapat nak elakkan...

korang mesti penah makan strawberi celup coklat kan?? alaaaa....aku je yang ketinggalan zaman...baru dapat merasa...fuuuuhhhh....memang sedap lah wei....bila strawberi celup cokelat tu masuk je dalam mulut, umpama cinta Datuk K dan Siti Nurhaliza lah....hahaha..overrr!!!!!

tapi betol la beb...sedap sangat..tambah lagi dapat makan dekat Cameron Highlands...memang berbaloi-baloi...
malas nak cite panjang-panjang...tengok pix ek....:))

ini lah yang aku dok cakap tadi tu...strawberi celup cokelat...rasa nyer memey beshh lah weii....




ni lah makanan sampingan selain strawberi celup cokelat tu...yang bentuk lurve tu aiskrim goreng...yang lagi satu tu, korang tau kan?? kat KL berlambak-lambak ada..huhuhu...
pendek kata, tak rugi lah pergi Cameron Highlands ni..best wooooo!!!!!...

p/s:- banyak ag entri pasal Cameron Highlands...:))

Thursday, August 4, 2011

~ jom belajar wat kek belang-belang ~

pagi ni aku macam rajin sikit nak update blog...*gaya lah sebelum nie rajin sgt...:p
maka dengan itu aku akan ajar kalian semua membuat kek belang..
sebelum tu, kene tau asal usul kek belang nie..
apa?? dah tau?? ok..
dah tau leh teros skip kat gambar bawah..hahaha...

aku pon tak tau mana asal kek belang2 macam kuda belang nie..
korang tau??
kalau tau, dengan pantas kongsikan dengan aku yer.....

cuma yang aku tau dan pasti, adek beradek perempuan belah ibu aku..*fuuhhhh.....
sangat suka buat kek ini..
sebelum nie aku suka makan jer...

tapi setelah..
en.BF...bakal mak mertua..bakal bapak mertua menyukainya, aku pon membuat keputusan untuk belajar..huhu...
lupa nak bitam en.scandal pon suke...hahaha..*ader kerrrrrr??????

ok2..teros ubah topik..
bahan- bahan yang diperlukan ialah.....

KEK BELANG untuk 1 ADUNAN...

- gula halus 1 cawan (diayak)
- *telur 3 biji
- tepung gandum 1 cawan (diayak)
- susu pekat 1 sudu besar
- baking powder 1 sudu besar
- milo 1 sudu besar
- perasa vanilla 1 sudu besar

*tiap adunan kene guna 3 biji telur..maka lau nak wat 2 adunan, 6 biji telur..lau nak buat 3 adunan, 9 biji telur...korang pandai kira kan?? aku tak larat nak taip smp 100 adunan..hahaha...
bahan lain?? cuma tambah satu jer...faham??
sebagai contoh...

untuk 2 adunan...


gula halus 2 cawan (diayak)
- *telur 6 biji
- tepung gandum 2 cawan (diayak)
- susu pekat 2 sudu besar
- baking powder 2 sudu besar
- milo 2 sudu besar
- perasa vanilla 2 sudu besar



langkah seterusnya...
lihat gambar dibawah...


masukkan bahan- bahan mengikut urutan seperti di atas...
telur masuk kan pelan2 yer....
lebih mudah, pecah kan kesemua dalam 1 mangkuk, kemudian tuang sebijik2 ke dalam mangkuk adunan...

pukul lah bahan- bahan tadi sehingga kembang..
macam mana nak tahu dah kembang??
ada kah sekembang payung?? kembang semangkuk??
 adunan akan dianggap kembang dan dipukul sebati bila....
ade timbul buih- buih di adunan tersebut...
bila nampak adunan dah ade tompok-tompok lubang...
haaaa...dah sebati lah tu..
boleh lah berenti pukul..
lenguh tangan pukul lama- lama nanti....

kemudian...


bahagi kan adunan tersebut kepada jumlah warna yang kita hendak..
seperti gambar diatas ialah warna wajib yang aku n ibu akan buat..
tak mau banyak2 sangat..
takut tak nampak belangnya nanti...

kuning- adunan asal..
merah- sirap ros
coklat- koko
hijau- pewarna hijau

selepas itu,


letakkan adunan berselang seli warnanya ke dalam loyang yang menjadi pilihan hati...
buat sampai lah adunan tadi abis...
agak- agak nak siap wat belang- belang nie..
boleh lah panas kan oven 
170darjah celcius selama 45- 60 minit...(mengikut jumlah adunan)

untuk keyakinan, ambil lidi satay, cucuk ditengah-tengah kek..
bila tiada sisa yang tinggal di lidi, maka...
kek sudah sempurna di bakar..
tunggu sejuk dan sudah boleh dijamah..
sesuai juga dicicah dengan air teh...
hahaha...macam chef daaaa....:))


di atas adalah kek belang dua adunan...


begitu lah rupa belang nya....
amacam??
lawa??
hahaha...
rasa mesti sedap..
hasil usaha ibu dan anak...:))


zoom in sikit...
errmmm..lazat tau!!!

SELAMAT MENCUBA...

emok:- kalau sedap hebahkan kepada yang lain..kalau tak berapa nak sedap, anggap jer entri ni tak pernah wujud...huhuhuhu..:)) *tulisan kecik..malu..

emok lagi:- sebarang keTIDAKFAHAMAN...leh lah tanya yer....

Saturday, July 16, 2011

~ ni lah natijahnya bila SMS tyme masak ~

Assalamualaikum...sejak cuti sem ni...aku duk umah..membeso kan badan..
ibu bising gak...suh belajo masak..
dengan alasan yang tak masuk akal...
aku jawab...
'kak ngah tak nak kawin ag'
hahaha....*tak de kene mengena kan??
cubit pipi kang...huhuhu...

tapi ada tyme aku gatal gak nak masak..
ibu pon lepas kan lah bab2 masak ni kat anak dara die yang pemalas nie..hahaha..

tgk gambar kat bawah...
aku masak ayam masak kicap..
ermmm..nampak macam sedap...

cuba korang letak jari kat peha ayam tu, cuba rasa..
hahahahaha...
nama jer ayam masak kicap..
tapi rasa macam ayam masak merah....
*aku cakap macam ek?? bukan macam lagi wei...mmg rasa ayam masak merah...(malas nk tekan backspace).hehehe.....

tyme masak rasa bangga giler...berjaya gak aku masak walaupun lauk tak seberapa..
tapi bila dah siap..aku rasa...
aku gelak sendiri..

tu lah NATIJAHnya...bila tgh masak, aku SMS..
dah lah hp smp dua...
kalau hp der 3??? mau jadi ayam rentung tau!!!

ape ibu kate???
'bertuah punya budak!!!"


luaran=ayam masak kicap
rasa=ayam masak merah
terlebih sos sudah...
hahaha.....

p/s:- nak try masak roti tapi rasa nasi goreng......;))